SPM?

bersyukur kehadrat ilahi aku masih lagi boleh bernafas dan boleh berjalan melakukan perkerjaan yang sepatutnya aku lakukan dan yg mendatangkan manfaat. alhamdulillah, semakin hari semakin dekat dengan spm yang bakal mendatang ni,
banyak sangat dugaan yang aku tempuh semasa nak ambil paper paper spm. alhamdulillah, ade yang dapat jawab dan ade yang mungkin kurengg sikit sebab tak yakin sangat! haha

but anyway tu tak mematahkan semangat aku nak ambil exam ni semua. bersabar dengan ujian Allah, pasti ade kesudahannya yang indah dan menyenangkan hati kita. " bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian "

bulan ni asyik berkepit dengan buku buku spm je, hehe. bukan berkepit dengan bf/gf eh! harammmm ~
Hahah, farah bukan nak jadi alim, tapi farah dah belajar dari silap farah dulu. betul cakap mak ayah " BERCOUPLE NI BUANG MASA! " dah kecewa baru nak sedar. tapi takpa ade Hikmahnya disebalik semua ni berlaku kan, jangan putus harapan dengan Allah, sesungguhnya dia Maha Mengetahui ape yang dah berlaku semua ni, semua Allah dah tetapkan, bytheway, you alls wahai sahabat sahabat yang farah sayangii,

just lupakan semua benda yang remeh temeh ni, benda benda yang buat korang buang masa mengejar cinta cinta alat & maksiat ni. Percaya lah benda benda macamni akan merosakkan korang dan mencetekkan pemikiran korang. Masa remaja seperti kita takperlu sebenarnya nak penuh kan masa dengan benda benda yang tak berfaedah, cuba korang ambik peluang semasa masih remaja ni buat atau luangkan dgn perkara perkara yang berfaedah bermanfaat dan membawa kepada kebaikan!

Jadinya kepada sesiapa yang dh nak ambik spm tu cepat cepat bersihkan diri dari semua cacat cela kat hati kita ni, buang hasad dengki, iri hati dan segala kemungkaran. kita nak hadap Allah kena bersih & suci tau, nanti Allah tak perkenan kan ape yang mohon dalam doa :) solat 5 waktu, solat HAJAT,  baca YASSIN dan doa jangan lupa :)

spm lah penentu masa depan korang kelak, jangan dipersia-siakan ya!

farah nak ucapkan semoga berjaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang pada sesiapa yang ambil SPM tahun ni, diharapkan usaha korang selama ni membuahkan hasil & tidak disia-siakan, jangan lupa berdoa tau. minta Allah permudahkan segala urusan korang di dunia & akhirat!bagi sesiapa yang tak berjaya dalam spm, jangan risau ade lagi harapan yang lain! positifkan diri, tingkatkan keimanan!!

BITAUFIQ WANNAJAH :)
assalammualaikum,

truly,
farah

No comments:

Post a Comment