Teringin nak jadi Pendakwah.....

Assalammualaikum,
Hai semua, korang sihat? macamana jawab peperiksaan spm kali ni? Senang? Susah? sederhana? Alhamdulilah farah dah habis jawab untuk semua paper (last tarikh 27/11/2013) takpa, sekarang ni tawakal je pada Allah K? jangan difikir fikirkan lagi apa yg telah berlaku seblum. teruskan kehidupan. *cehh ayat aku ni*

Entry kali ni farah nak cerita pasal DAKWAH, okay semua tau sekarang tengah hangat dengan rancangan di ASTRO OASIS iaitu PENCETUS UMMAH am i right? sejak kebelakangan ni, Farah memang minat sangat pasal ceramah, dakwah dakwah yang berkaitan dengan agama ini, sebab apa ye farah minat? salah satu sebabnya ialah, farah seorang perantau yang masih lagi belajar, seorang gadis yang sedang mencari ilmu agama, ilmu dunia, dan ilmu yang berkaitan dunia dan akhirat. seorang gadis yang mentah dan lemah, farah akui farah bukan lah seorang yg pandai, tapi farah masih mencuba masih lagi mencari peluang peluang yang ada kat dunia dengan menuntut ilmu. hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan kita. dalam islam kita juga disuruh untuk menuntut ilmu kan? kalau korang perasan lah semasa azan dilaungkan ada baris baris ayat yang bermaksud " MARILAH MENUJU KEJAYAAN " sudah terang lagi bersuluh, bahawa Allah menyuruh kita mencari ilmu supaya dapat berfikir dengan lebih waras, dan dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. :)

Dakwah bermaksud menyeru manusia kepada Allah swt samada dia seorang Muazzin yang menyeru manusia kepada Solat, seorang pendita yang berdakwah dengan mata pena, seorang Mujahid yang berjuang dengan pedang atau seorang penghujah yang berhujah dengan ketajaman akal dan lidah yang lantang. dengan semua asas asas dan ilmu yang kita peroleh kita boleh berdakwah. 
Dakwah adalah tanggungjawab setiap mereka yang mengaku sebagai seorang umat Nabi Muhammad saw sebagai tersebut didalam firman Allah swt didalam Surah Ali-Imran Ayat 110:-

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (110)


“Kamu adalah Ummat yang terbaik yang pernah dikeluarkan kepada seluruh manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan dan kamu mencegah dari keburukan. Dan kamu beriman kepada Allah”

Zaman yang penuh dengan modenisasi, gejala sosial yang semakin berleluasa dengan mat rempitnya, buang bayinya, menagih dadahnya dengan kes kes merompak dan sebagainya perlu lah kita cegah dan tangani supaya ia tidak lah berlarutan dan menjadi suatu masalah yang sukar untuk dibendung. 

Wahai rakan rakan yang farah kasihi sekalian, korang tak terfikir ke nak berubah yang kearah yang lebih baik? lebih kepada jalan yang diredhai oleh Allah? apa sebenarnya peranan kita sebagai seorang hamba Allah? kita ada tanggungjawab sendiri, kenapa tak ambil peluang tu? korang nak tengok ke kwan kita tenggelam dalam gejala zina yang berleluasa skrg? tentu korang taknak tengok kan? tolong sedarkan kawan kawan korang yang terlanjur dibuai cinta atau maksiat, kembalikan mereka ke jalan yang benar, SEDARKAN mereka dengan dakwah nasihat korang! jangan penah berputus asa dengan rahmat Allah kawan ku. berdakwah bagi farah ia sesuatu yang menarik dan mencabar dan mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta pastinya juga akan keimanan kita kepada Allah.

Farah terdetik minat hendak berDakwah masa farah menonton Ceramah di Astro Oasis " KALAU DAH JODOH BY USTAZ KAZIM ELIAS " farah tgok cara ustz kazim berceramah tu santai dan sangat menyeronokkan, banyak ilmu ilmu yang farah ambil dari ceramah tu, masa tu jiwa farah kacau sebab farah baru je ditinggalkan oleh seorang jejaka yang mungkin dia bukan jodoh farah, farah terima dengan apa yang dah berlaku semua ni, mula mula farah mcam tak boleh terima, farah ckp bukan bukan kat dia, tapi bila farah dekatkan diri kepada Allah, alhamdulillah boleh lupa. 
Ustaz tu pun menyelitkan lagu lagu sebagai hiburan dan taklah membosankan, seronok dengar ceramah dia. dan selanjutnya nak tahu korang boleh lah tonton di astro oasis, sebenarnya bukan ceramah ustaz kazim je, banyak lagi Ceramah ceramah oleh ustaz & ustazah masa zaman sekarang. banyak isu isu semasa yang para pendakwah ni luahkan dan memberikan tauladan ataupun nasihat dan panduan.

semua tu menjadi pencetus kepada farah agar terus meminati dakwah dan mendekatkan diri kepada Allah.
semoga apa yang farah impikan dimakbulkan dan menjadi kenyataan.
akhir kata, maaf kalau ada tersalah kata tersilap bicara,
WALLAHUALAM. :)

yg ikhlas,
farah